Ammar Nadrah & Associates – Peguam Syarie Berpengalaman

Tentang Kami

Dengan pengalaman hampir 6 tahun dalam bidang perundangan, kini firma Ammar Nadrah & Associates menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan nasihat guaman syarie khususnya berkaitan kekeluargaan dan harta pusaka.

Nasihat guaman yang diberikan oleh Peguam Syarie berpengalaman banyak membantu orang ramai mengendali kes dengan bijak berdasarkan undang-undang dan Hukum Syarak di Malaysia serta memberikan keyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran sepanjang prosiding kes berjalan di Mahkamah Syariah.

List item
List item
List item
Peguam Syarie Ammar Bin Abdul Wahab anak kelahiran Negeri Sembilan dan kini menetap di Selangor.
Lulusan Tahfiz Dan Qiraat di …
Menjalani Kursus Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
Graduan Diploma Penterjemahan dan Bahasa Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Ijazah Sarjana Mudah Syariah Dengan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
Lepasan Diploma Profesional Syariah Dan Amalan (DLSA), UiTM Shah Alam
Peguam Syarie Fatiha Nadrah Binti Roslan merupakan anak jati kelahiran Negeri Selangor.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
Graduan Lepasan Diploma Profesional Syariah dan Amalan (DLSA), UiTM Shah Alam
Menjalani Kursus Bahasa Arab di Pondok Modern Gontor, Mantingan, Indonesia

Misi Kami

Memberikan khidmat nasihat guaman syariah yang profesional, berintegriti dan berlandaskan keadilan. Melalui pendekatan yang berstrategi, kami menegakkan hak dan keadilan mengikut saluran perundangan dan hukum syarak yang sah

Kepakaran Kami

Penyelesaian sesuatu kes atau permasalahan tidak semestinya dalam bentuk pertikaian. Di Ammar Nadrah & Associates, kami banyak menyelesaikan kes melalui perdamaian secara baik dan adil menggunakan kemahiran rundingcara yang profesional dan berlandaskan undang-undang syariah.

“Penyelesaian kes yang cepat dan adil memberi impak besar terhadap emosi pihak-pihak terutama dalam kes Hak Jagaan Anak.”