Ammar Nadrah & Associates – Peguam Syarie Berpengalaman

Soalan Lazim – Tanpa JS

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan lazim berkaitan urusan guaman Syariah, disusun mengikut topik untuk memudahkan rujukan.

Bagaimana cara untuk mendaftarkan perkahwinan yang tidak berdaftar?

Pasangan perlu memohon pengesahan nikah di Mahkamah Syariah dan membawa bukti seperti sijil nikah, saksi perkahwinan, dan dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan pengesahan nikah terlebih dahulu.

Bagaimana jika berkahwin di luar negara tanpa kebenaran?

Perkahwinan luar negara tanpa kebenaran perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah sebelum boleh didaftarkan di Malaysia.

Pernikahan yang bagaimana perlu didaftarkan di Mahkamah Syariah?

Semua pernikahan di Malaysia sama ada monogami atau poligami yang tidak berdaftar perlu disahkan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah supaya pernikahan yang sah dapat didaftarkan di Pejabat Agama Islam berkaitan.

Siapa yang boleh memfailkan perceraian dan apakah jenis perceraian yang boleh difailkan?

Suami atau isteri yang telah mempunyai rekod pendaftaran pernikahan yang sah boleh memfailkan perceraian. Jenis-jenisnya termasuk:

  • Lafaz talak oleh suami
  • Fasakh
  • Tebus Talak / Khulu'
  • Pengesahan Lafaz Cerai

Pemilihan kes yang bersesuaian membantu proses diselesaikan mengikut tempoh yang relevan.

Apakah perbezaan antara talak, fasakh, dan khulu’?

Talak: Perceraian dilafazkan oleh suami.

Fasakh: Perceraian dipohon kerana sebab tertentu (contoh: penderaan, tiada nafkah).

Khulu’: Perceraian dengan persetujuan isteri membayar pampasan kepada suami.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memfailkan perceraian?

Sijil nikah, kad pengenalan, serta dokumen sokongan (contoh: laporan polis/perubatan jika berkaitan).

Berapa lama tempoh sesuatu kes perceraian selesai?

Jika dipersetujui kedua-dua pihak, boleh selesai dalam 1 hari. Jika ada pertikaian, tempoh lebih lama bergantung kepada keadaan kes.

Boleh ke kes selesai tanpa melalui proses bicara di Mahkamah?

Boleh, dan digalakkan. Penyelesaian secara baik menjimatkan masa, kos, tenaga dan menjaga emosi pihak-pihak.

Adakah bekas suami boleh merujuk kembali tanpa persetujuan bekas isteri?

Untuk talak 1/2, rujuk boleh dibuat dalam tempoh iddah tanpa persetujuan isteri. Selepas iddah atau talak 3, perlu nikah semula dan patuhi syarat tertentu.

Adakah saya perlu melalui sesi kaunseling sebelum bercerai?

Selepas fail, pasangan biasanya dirujuk ke JKP atau kaunseling terlebih dahulu sebelum perceraian dibenarkan.

Apakah hak-hak yang boleh dituntut selepas perceraian?

Nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian, hutang perkahwinan, hak jagaan anak (kekal/ sementara/ lawatan/ bermalam) serta nafkah anak & tunggakan.

Apakah maksud Nafkah Iddah?

Nafkah yang diberikan kepada bekas isteri sepanjang tempoh iddah.

Berapa lama tempoh iddah?
  • Masih haid: 3 kali suci
  • Tiada haid: 3 bulan
  • Kematian suami: 4 bulan 10 hari

Tertakluk keadaan (telah disetubuhi/ belum). Dapatkan nasihat bagi pengiraan tepat.

Apa itu mutaah & bagaimana ia dikira?

Saguhati kepada isteri yang diceraikan. Mahkamah menimbangkan pendapatan suami, tempoh perkahwinan, dan sumbangan isteri.

Jika suami tak mampu bayar mutaah sekaligus?

Bekas isteri boleh mohon bayaran ansuran berperingkat melalui perintah mahkamah.

Apakah maksud Harta Sepencarian dan siapa boleh tuntut?

Harta diperoleh dalam tempoh perkahwinan (alih/tak alih). Bekas suami/isteri (termasuk isteri dalam tempoh poligami) boleh menuntut. Kadar pembahagian ikut sumbangan.

Adakah bapa masih perlu membayar nafkah anak jika ibu berkahwin lain?

Ya. Tanggungjawab nafkah anak kekal sehingga anak dewasa/berdikari.

Jika bapa enggan bayar nafkah anak?

Ibu boleh memfailkan tuntutan nafkah. Mahkamah boleh menguatkuasa perintah (contoh: potongan gaji).

Bagaimana amaun nafkah anak ditentukan?

Berdasarkan kemampuan bapa dan keperluan sebenar anak.

Apakah faktor mahkamah dalam menentukan hak jagaan?
  • Umur & kebajikan anak
  • Keupayaan ibu/bapa menjaga
  • Hubungan anak dengan ibu/bapa
  • Faktor moral & agama
Apakah hak bapa jika jagaan diberi kepada ibu?

Hak lawatan dan/atau hak bermalam mengikut perintah.

Bolehkah hak jagaan dipersetujui tanpa bicara?

Boleh. Rekodkan persetujuan bertulis & kemukakan ke mahkamah untuk pengesahan.

Adakah anak angkat berhak melalui faraid?

Tidak. Anak angkat bukan waris faraid, namun boleh menerima melalui hibah/wasiat.

Adakah hibah boleh dibatalkan & perlu didaftarkan?

Secara umum tidak boleh dibatalkan kecuali syarat tertentu. Sebaiknya didokumen & daftarkan dengan sah.

Apa berlaku jika meninggal tanpa wasiat?

Harta dibahagi mengikut faraid; proses boleh lebih lama kerana prosedur perundangan.

Jika waris enggan menerima bahagian faraid?

Waris boleh melepaskan bahagiannya secara sukarela di hadapan pihak berkuasa/saksi.

Bolehkah wasiat semua harta kepada seorang individu?

Tidak. Wasiat maksimum 1/3 harta dan bukan kepada waris faraid tanpa persetujuan semua waris.

Berapakah caj mendapatkan khidmat Peguam Syarie?

Bergantung jenis kes dan perkhidmatan. Kebiasaan berdasarkan konsultasi & dokumen.

Bagaiman pelaksanaan bayaran kos guaman?

Dikenakan berperingkat — pembukaan fail, peringkat prosiding/ hujahan, dsb.

Saya tidak berkemampuan, apa pilihan saya?

Kami bantu dengan deraf dokumen (keterangan bertulis, afidavit, hujahan) & nasihat berkala yang lebih fleksibel kos.

Adakah penyelesaian di luar mahkamah boleh dibantu?

Ya. Rundingan/mediasi tanpa bicara sering menjimatkan masa, tenaga, dan kos.

Apa yang perlu dibawa semasa temu janji?

Dokumen berkaitan kes: sijil nikah, dokumen cerai/nafkah, bukti sokongan, dsb.

Apa patut dibuat jika menerima saman/notis mahkamah?

Terima & teliti dokumen. Dapatkan nasihat peguam segera. Elak mengabaikan notis.

Bolehkah mewakili diri sendiri?

Boleh, tetapi berisiko jika tidak arif prosedur. Peguam memastikan hak anda terpelihara.