Ammar Nadrah & Associates – Peguam Syarie Berpengalaman

Perkhidmatan – Ammar Nadrah & Associates

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan pelbagai khidmat guaman Syariah yang komprehensif, berlandaskan keadilan dan prinsip Islam, demi memastikan hak anak guam terbela secara profesional dan beretika.

Khidmat Guaman

Berikut ialah bidang utama perkhidmatan guaman Syariah yang kami tawarkan di Ammar Nadrah & Associates.

Elegant close-up of a couple's hands adorned with henna, symbolizing love in a traditional ceremony.

Perkahwinan

  • Permohonan kebenaran berkahwin
  • Permohonan wali hakim
  • Permohonan poligami
  • Permohonan kebenaran berkahwin bawah umur
"Cincin perkahwinan dengan perkataan perceraian – simbol isu rumah tangga untuk guaman syarie, perkhidmatan cerai Islam oleh peguam syarie Ammar Nadrah"

Perceraian

  • Tuntutan cerai dengan talak (Sek. 47)
  • Tuntutan cerai dengan lafaz ta‘liq
  • Permohonan cerai secara fasakh
  • Permohonan cerai secara khuluk (tebus talak)
  • Permohonan perceraian taklik (melalui lafaz taklik yang dilanggar)

Nafkah

  • Tuntutan nafkah isteri
  • Tuntutan nafkah anak
  • Tuntutan tunggakan nafkah
  • Tuntutan nafkah iddah
  • Tuntutan mut‘ah (pemberian selepas perceraian)
  • Permohonan ubah perintah kadar nafkah
  • Permohonan pembatalan perintah nafkah
  • Penguatkuasaan atau pelaksanaan perintah nafkah

Penjagaan Anak (Hadhanah)

  • Tuntutan hak penjagaan anak secara kekal
  • Tuntutan hak jagaan anak sementara (Interim Hadhanah)
  • Tuntutan hak lawatan
  • Tuntutan hak bermalam
  • Tuntutan ubah perintah hak jagaan
  • Tuntutan ubah perjanjian hak jagaan

Pengesahan Status

  • Pengesahan perkahwinan (perkahwinan tidak didaftarkan)
  • Pengesahan status perkahwinan
  • Pengesahan nasab (keturunan)
  • Pengesahan lafaz cerai luar mahkamah
  • Pengesahan ruju‘ semula
  • Pengesahan poligami

Pengurusan Harta

  • Tuntutan harta sepencarian selepas perceraian
  • Tuntutan pembahagian harta sepencarian dalam tempoh poligami
  • Penyediaan Dokumen Hibah, Harta, Wasiat dan Faraidh
  • Pengesahan Hibah , Wasiat dan Perjanjian Persetujuan Berkaitan Dengan Harta
  • Pembahagian Faraidh

Lain-lain Tuntutan

  • Permohonan wali enggan (wali tidak mahu menikahkan)
  • Permohonan perintah injunksi (menghalang)
  • Permohonan penetapan masa
  • Permohonan pelaksanaan perintah
  • Permohonan Rayuan terhadap Perintah yang diputuskan
  • Permohonan Semakan Kes
  • Permohonan Interlokutori
  • Permohonan Komital (gagal melaksanakan Perintah)
  • Saman dan Hutang Penghakiman
  • Permohonan pertukaran agama
  • Tuntutan bayaran mas kahwin
  • Tuntutan hutang dalam perkahwinan
  • Ganti rugi pertunangan / perkahwinan